Khamis, 24 Disember 2009

Kata Aluan Sempena Sessi Persekolahan 2010

Assalamulaikum
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya kita dapat mengakhiri sessi persekolahan 2009 dengan baik dan semoga sessi persekolahan 2010 akan berada di tahap unggul.

Kita berharap agar semua warga SK. Sri Rengit sudah bersedia menempuh sessi persekolahan dengan tekad dan iltizam baru.

Sesungguhnya visi sekolah menjelang 2010 adalah "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang". "Sekolah Unggul" adalah sekolah berprestasi tinggi melalui sistem yang cukup mantap dan menekankan aspek kurikulum, kokurikulum, bina insan dan penguasaan ICT.

Sehubungan dengan itu kami mendukung NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan. Diantara fokus utama adalah:
1. Memantapkan Pendidikan Prasekolah
2. Meningkatkan Kadar Literasi Dan Numerasi
3. Mengujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Mengiktiraf Kepimpinan Sekolah

Di dalam kontek ini PIPP 2006-2010 masih menjadi teras stretegik yang menjadi panduan perancangan SK. Sri Rengit, tahun 2010 adalah:
1. Membina Negara bangsa
2. Membangunkkan Modal Insan
3. Memperkasa Sekolah Kebangsaan
4. Merapatkan Jurang pendidikan
5. Memertabatkan Profesion Perguruan
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Didalam perlaksanaan tindakan elemen "Sekolah Berprestasi Tinggi" turut dijadikan panduan diantaranya adalah:
1. Kepimpinan
2. Pengurusan
3. Pencapaian
4. Kejayaan
5. Perhubungan
6. Identiti Kendiri
7. Pembelajaran Terarah Kendiri
8. Sistem Bekerja Berprestasi tinggi
9. Kesaksamaan
10. Timbalbalas
11. Penurunan Kuasa.

Sabda Nabi Muhammad SWT
Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang beruntung. Barang siapa yang amalannya sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barang siapa amalannya lebih buruk dar semalam, dia tergolong orang yang tidak disukai Allah.

Sekian, Wassalam.

Guru Besar
24.12.2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan